} -->

Friday, December 21, 2012

Tips : Ringankan Laptop/PC

Assalamualaikum warohmatullah.

Benda ni, if pertama kali buat, loading dia memang agak lama lah. 2minit++.

Sepatutnya kita kena buat benda ni selalu. Tapi dulu mana tahu kan , nak buat macam mana . Actually , kalau jarang jarang buat , hah memang selalu hang lah laptop . Banyak sangat benda yang tak sepatutnya disimpan contohnya macam kita ni jenis yang selalu download macam macamlah then tak delete Data dia .

Jadi benda alah tu tersimpan dalam Laptop / PC kita then jadi berat / hang . So, daripada sekarang, kena rajin buat benda ni. Tiap kali selepas melayari internet, make sure buat gini dulu sebelum shutdown. Ok?

[1] Search for 'Control Panel'.


[2] Search for 'Perfomance Information and Tools'.



[3] Click 'Open disk cleanup dekat bahagian kiri pop-up-window.


[4] Click 'OK'


[5] Benda tu akan scan your laptop system. Wait for it lah. First time buat, memang kena tunggu lama.


[6] Tick semua box dekat situ and then click 'OK'.


[7] Click 'Delete Files'.


[8] Benda tu sedang cleaning your system.


[9] Done!

***

In Shaa Allah, takat ni, takde file yang hilang or terdelete lagi after buat disk cleanup ni. Tapi, if masih ragu-ragu, boleh tanya mereka yang lebih arif mengenai benda gini. Goodluck!

Sunday, December 16, 2012

Resepi : Kek Coklat

Bahan-bahan A
· 3 biji telur gred A/4 biji telur gred B – (Nurin pakai 4 biji telur ayam kampong)
· 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak terlalu manis)
· ½ cawan minyak masak
· ½ cawan susu pekat
· 1 suduteh esen vanilla
· ½ cawan serbuk koko (diayak)

Bahan-bahan B
· 1 cawan tepung gandum (diayak)
· 1 suduteh baking powder (diayak)
· 1 suduteh soda bikarbonat (diayak)
· ½ cawan air panas

Step – step

p/s : pre-heat oven after 50% adunan nak siap.

1 . Pukul telur dan gula menggunakan mixer (kelajuan sederhana-high) sehingga gula hancur. Nak pakai blender pun boleh.

2 . Masukkan minyak dan susu pekat . Mix hingga sebati.

3 . Masukkan serbuk koko dan esen vanilla. Mix hingga sebati.

4 . Masukkan Bahan-bahan B(yang telah dicampur di dalam bekas lain) ke dalam bekas Bahan A . Mix sehingga adunan kelihatan likat dan gebu.

5 . Akhir sekali , masukkan air panas. Masukkan sedikit demi sedikit. *Hati – hati ketika mix adunan sebab adunan mudah terpercik*

6 . Gris/sapukan mentega di atas permukaan loyang yang anda gunakan. *mentega diletakkan supaya kek tak mudah melekat ketika sudah masak*

7 . Bakar atau Kukus sehingga masak . Lebih kurang 1 hour . 175C. Guna api atas bawah.

After kek dah masak(oven dah berbunyi ting!), biarkan kek seketika. Jangan terus angkat. Lebih kurang beberapa minit. Ambik lidi/pisau kecik, cucuk dekat bahagian tengah kek. Jika adunan telah masak sepenuhnya, adunan tidak akan melekat di lidi/pisau kecik. Kalau ok, sejukkan kek, but jika masih tak masak sepenuhnya, bakar lagi sehingga masak. Agak-agak ye masanya.

p/s : Sebelum apply topping kek, kek perlu sejuk sepenuhnya/kurang panas.

***

Topping coklat

Bahan-bahan
·3 sudu besar susu pekat
·¼ cawan serbuk koko (diayak pakai tapis)
·2 sudu besar butter
·3 sudu besar susu segar

Cara caranya

Double-boiler tanpa guna stove

1 . Masukkan semua bahan topping dalam satu mangkuk metal *boleh guna apa apa mangkuk(sederhana / besar) asalkan yang boleh serap haba*

2 . Guna mangkuk metal sederhana/besar. *agak agak mangkuk yang tak boleh masuk ke dalam bekas kedap haba*

3 . Panaskan air sehingga takat didih paling tinggi. *guna cerek electric/cerek atas api*

4 . Masukkan air yang masih panas itu ke dalam bekas kedap haba *Contoh : tempat letak ais ketul*

5 . Letakkan mangkuk yang berisi adunan ke ATAS  bekas kedap haba.

6 . Kacau selalu hingga adunan likat dan pekat. Jika terlalu likat, tambah beberapa sudu susu segar. Biarkan topping seketika supaya sejuk .

***

Macam mana letak Topping atas Kek ?

1 . Letakkan sedikit topping di bahagian tengah kek dan ratakan dengan spatula. Ratakan bahagian atas permukaan kek dahulu. Letak topping dekat permukaan atas kek jangan terlalu banyak. Takut tak cukup untuk tutup satu kek. Agak-agak.

2 . Then lepas dah siap letak topping semua, check balik topping dekat kek. Kalau ada lompong/tak kena topping/nipis sangat, adjust.

*** 

INFORMATION :

1. Cawan yang digunakan hendaklah sama saiz. Jangan sukat tepung pakai cawan kecik, sukat gula kastor pakai cawan besar. Kena sama saiz.

2. SK: sudu kecil, SB: sudu besar.

Semoga berjaya, bi idznillah(dengan izin Allah).