} -->

Saturday, February 2, 2013

Perisai Buat Puteri !

                          
Assalamualaikum wa kaifa haluka/haluki ? Untuk entry yang pertama for bulan Februari , Nurin nak share something dekat uolls terutamanya kepada perempuan/wanita . Penting ni !

31/01/2013 , punyalah kami ingat harini belajar but adalah pulak ceramah . Yang bestnya , ceramah tu sampai balik dan hanya Pelajar Perempuan je yang pergi . Aik ! Ceramah apa pulak yang lama bebenor tu ?  Takkanlah kena suntik lagi ? ohhnoo !Yang penting sampai balik xD . Otw pergi dewan , terserempak lah dengan penceramahnya lah kot ! Lelaki . Berkot . Segak . Beratur apa semua tak ikut kelas dalam dewan , borak borak , buat bising sebab ada masalah teknikal sikit .

Cikgu Kaunselor cakap , tajuk ceramah harini PERISAI BUAT PUTERI . Ewahhhh ^^ . Bestnyoooo .
Me/Aida : "Wei , apahal lah pulak ceramah Perisai Buat Wanita ni penceramahnya lelaki . Adoiii . Tak bestlah" "hmmm entahlah" .*Program start* Penceramah lelaki tu pun introduce diri dia . Airol Irwan Limin . Motivator . UiTM (tempat belajar)

Seriously ! Kami yang dok pandang dari bawah asyik dok cakap muka abang tu iras Aaron Aziz ~ Dari sisi muka and his voice so cute + gentleman you know ? Tapi yang sedihnya , kalau face to face and tengok dekat , memang tak serupa ! How come ? *gatal pulak aku* Btw , abang ni ada terangkan kami mengenai Lelaki Perosak . Ni yang Nurin nak share sikit but ada yang tak ingat .

Ciri-ciri Lelaki Perosak : First , mengambil kesempatan melalui sentuhan pertama . Contoh : Gegurl pergi tengok wayang dengan boboi dan movienya dipilih oleh gegurl sebab boboi yang suruh . Bila gegurl nak beli popcorn or whatever , boboi tak kasi "Tak payahlah beli makanan . Kan you tengah diet ni" . Then gegurl  pun ikut . Mereka ambik couple seat yang dipilih oleh boboi sebab privacy sikit. Time movie tu ditayangkan , boboi asyik dok kutuk movie tu . Then gegurl pun tension + bengang sebab boboi kutuk movie yang dia pilih . Jadi , gegurl geram and automatik dia nak pukul boboi tapi boboi sambar tangan dia dengan alasan untuk mempertahankan diri . Kesimpulannya disini , perempuan tak akan marah bila lelaki sentuh tangan sebab perempuan yang mulakan dulu . Faham ? Dan lelaki ni saja suruh perempuan pilih movie yang dia suka supaya lelaki ni boleh kutuk movie pilihan dia . Yang pasal lelaki tak kasi perempuan beli makanan sebab lelaki nak pastikan tangan perempuan bebas daripada apa-apa barang supaya dia mudah untuk sentuh tangan perempuan . So , daripada sentuhan pertama tulah akan menjadi kepada sentuhan kedua , ketiga , keempat dan berikutnya .

Second , mengambil kesempatan melalui konsep "I Borrow" . Lelaki perosak ni akan selalu pinjam barang-barang perempuan . Contoh : Lelaki nak pinjam pen dekat perempuan dan bila lelaki ni nak ambik pen tu daripada perempuan , lelaki ni sengaja Terpegang/Tersentuh tangan perempuan ni dan memberikan alasan "Tak sengaja" . Dan majoritinya perempuan takkan marah sebab alasannya agak munasabah + logik .

Third , mengambil hati perempuan dengan pandangan mata . Contoh : Perempuan berborak dengan lelaki dan lelaki tu merenung tajam ke dalam mata perempuan dengan mata kiri dikecilkan sedikit + menyebut nama perempuan tu dan bercakap ayat ayat yang dapat menggoda perempuan tu tetapi dengan hanya pandangan mata sahaja . Jadi , kalau uolls nak berbual dengan lelaki , pastikan uolls tak merenung mata lelaki tu melebihi 5 saat sebab takut kang terpaut hati dengan si Dia/Lelaki Perosak siapa yang susah ? Lagi lagi lelaki yang pro dalam mantera . Tu yang bahaya !

Lastly , lelaki perosak mengambil kesempatan melalui pujian . Kelemahan yang paling teguh di dalam diri perempuan adalah pujian . Jadi , lelaki ni sengaja memuji perempuan dengan cara yang berlebih lebih dan menggunakan ayat yang bombastic + power . Contoh : Lelaki puji yang perempuan ni pandai masak , pandai jahit , rajin , cantik macam pelangi , suara bak burung berkicauan , make up match dengan baju , wanita idaman keluarga lah dan macam macam lagi . Lelaki hanya sengaja berkata macam tu sebab nak perempuan tu percaya yang lelaki ni berfikiran positif !

Btw , abang tu cakap perempuan ni jangan sesekali share something mengenai perihal dalaman perempuan . Contoh : *bulan puasa* Girl : "Woi , jom pergi makan , laparlah" Boy : "Ehhh , aku puasalah . Apalah kau ni" Girl : "Kau puasa ? Aku period . Kesian kau xD" . Kesimpulannya , if perempuan selamba cakap mengenai hal dalaman mereka , lelaki akan fikir yang perempuan ni sporting dalam semua perkara . Oleh sebab itu , lelaki akan mengambil kesempatan terhadap perempuan yang bersikap macam tu dengan langkah demi langkah dengan motif hendak mempermainkan perasaan perempuan .

Last but not least , jangan sesekali biarkan lelaki ajnabi menyentuh anggota badan anda sebab kalau lelaki ni dah dapat sentuh perempuan ni sekali , mereka akan terasa ingin mengulanginya lagi , lagi dan lagi sampai ke tahap yang dapat menghilangkan maruah anda . Faham kan ? 

Just ingat this formula -> Cinta + Serah = Goodbye . Means lelaki tinggalkan perempuan sebab dia dah dapat apa yang dia nak tetapi perempuan merana sebab lelaki yang dia sanjung , percaya sepenuh hati , sayang , cinta and blablabla tinggalkan dia . Act , perempuan yang rela disentuh/peluk tangan/badan oleh lelaki ajnabi ni , bagi Nurin perempuan tu serah diri dia dekat lelaki tu dan dianggap perempuan murahan !

Me/My Sis : "Diorang ni tak fikir ke yang even diorang couple berkurun lama mana pun , tetap akan clash/break kan ?" "Eh kau , kalau dah jodoh buat apa nak clash/breaknya"  "*"Oh macam tu . Kalau dah tahu dia tu jodohnya , buat apa nak couple couple bagai . Tunggu jelah dah cukup umur kahwin . Kan senang ."diam"

Jadi , jangan risau kalau uolls tak dak boyfriend ke hape sebab bukannya menjamin masa depan uolls pun . Hanya untuk memuaskan nafsu sahaja ! Biarlah kita menjadi perempuan yang amat tinggi nilainya dan hanya mampu dimiliki oleh orang yang tertentu sahaja . Belajar dulu sampai berjaya dan tunjukkan result yang cemerlang kepada parents dan guru uolls bukannya buayafriend/boyfriend yang tah hape hape tu . Sekian . Assalamualaikum dan tata mau tidur ^^

p/s : Bukannya semua lelaki dalam dunia ni Lelaki Perosak tetapi hanya sebagai Perisai Buat Puteri untuk mencegahnya sebelum terlambat dan maafkan Nurin if ayat di atas terguris hati uolls dan maafkan Nurin sekali lagi mengenai cara penulisan Nurin yang agak kelam kelibut sikit . :D . Lailan sa'eda .