} -->

Saturday, June 1, 2013

Resipi : Kek Mentega Elite


BAHAN A
-250 gm tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
-40 gm susu tepung 
-200 gm mentega

BAHAN B
-5 biji telur
-200 g gula castor/gula pasir *nak kurang manis, boleh kurangkan
-1 camca teh esen vanilla

JIKA BAHAN YANG DIAYAK BERKETUL KETUL, TEKANNYA DENGAN MENGGUNAKAN SUDU ATAUPUN TANGAN

*Bahan-bahan A

1. Masukkan 200 gm mentega/butter(suhu bilik). Mix sehingga butter menjadi gebu.

Nota Penting: Pastikan butter/mentega yang nak dimixkan tu sudah lembut dan tak keras(suhu bilik)


2. Ayak 40 gm susu tepung di atas tapis. Mix sehingga adunan sebati .





3. Ayak pula 250 gm tepung naik sendiri(self raising flour) di atas tapis. Mix sehingga sebati.




Adunan memang akan berketul ketul. Jangan risau.

*Bahan-bahan B(bekas yang lain)

4. Pecahkan 5 biji telur dan masukkan ke dalam bekas lain dahulu. Jangan terus masukkan ke dalam bekas adunan untuk mengelakkan kulit telur termasuk sekali semasa nak pecahkannya. Terpulang kepada anda. Kemudian, masukkannya ke dalam bekas B. Mix sehingga sebati.



5. Masukkan pula 1 camca teh esen vanilla. Mix sehingga sebati.

6. Ayak 200 gm gula castor di atas tapis. Mix sehingga sebati dan gebu selama 3-4 minit, kelajuan sederhana. Kalau guna gula pasir, tak perlu ayak.

7. Masukkan adunan bahan-bahan B(adunan basah) ke dalam bekas adunan bahan-bahan A(adunan kering). Mix kan adunan sehingga gebu dan sebati selama 4-5 minit, kelajuan sederhana. Jika adunan masih berketul ketul, teruskan mix sehingga adunan sebati dan gebu.



8. Pre-heat oven; 180°C ,25 minit, api atas dan bawah.

9. Ambil sudu dan ambil sisa butter yang melekat dekat bekas untuk disapukan ke atas loyang. Kalau nak jimatlah. Terpulang kepada anda.


10. Sapu dan ratakan butter ke seluruh permukaan loyang. Jangan terlalu banyak butter, nanti terlebih berminyak.


11. Tuang adunan ke dalam loyang.

12. Masukkan loyang tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan(pre-heat) dan ubahkan minitnya kepada; 30 minit. Suhu tetap sama.

Semasa tengah bakar kek tu, jenguklah sikit. Takut terhangit/terlebih masak.

13. Ambil pencungkil gigi dan cucukkan di bahagian tengah kek. Jika adunan tidak melekat dekat pencungkil gigi, In Shaa Allah, kek dah masak. Sejukkan kek dalam 15-20minit. Kalau kek belum masak lagi, tambahkan masa pembakaran.

14. Untuk keluarkan kek daripada loyang, ambil pisau dan letakkannya di bahagian tepi kek (ruang tepi). Tarik pisau sehingga kek tak melekat dekat loyang.


15. Terbalikkan kek ke atas tapak tangan dahulu atau terus ke atas tapak cake/pinggan. Nak transfer kek ke atas redai dahulu pun boleh.

16. Biarkan kek tadi sejuk dahulu. Kalau tak, cream cheese akan cair. Ambil cream cheese dan ratakannya di atas kek.





Tak tahu nak buat cream chesse?{click sini}

17. Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing. Sejukkan kek di dalam fridge.


Nurin buat cake 2 layers. Potong secara melintang untuk buat cake 2layers.
Tapi cake yang Nurin buat kali ni agak mampat pulak isinya. Entah kenapalah . Ibu cakap maybe self raising flour tu dah lemau. Wallahu a'lam.

In Shaa Allah, sedap! Selamat mencuba!

p/s; Resepi ni boleh digunakan untuk buat cupcake juga. Cuma, kena adjust masa sebab size cupcake ni lebih kecil berbanding dengan kek ni.

No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.