} -->

Tuesday, August 6, 2013

Gurau. Lawak.


Assalamualaikum.


Yeahhh entry yang ke-2 after trial pmr . Ewah ewahh . Macam dah PMR bebenor je ? Keke . Sedar weih sedar . Lagi berapa hari je nak PMR . Tolak makan tolak tidur tolak masuk keluar bilik air tolak dok melangut taip entry tolak tolak tolak semualah . hmm maybe beberapa jam je nak study .



Dah .



Hidup kalau tak bergurau macam serba tak kena. Bagi diri akulah. Korang i don’t knowlah pulak . Gurau plus sakat-sakat orang tu dah sebati dengan hidup aku ecece.




But , yang aku nak hujah kononyalah dekat sini , ada jugak bab sensitive part gurau ni . Kalau main goreng je ayat tu plus mulut kemain laser , pergh sentap hati ah kawan tu .



Sebelumlah kan nak gurau or sakat kawan tu, anda sendiri patut tahu apa perkataan or something yang dapat touching kan hati dia tu. Kalau dah tahu, tak payah nau nak pakai ayat yang dapat touching dia or lebih tepat lagi kesannya amat bahaya. Nak ke jadi orang yang memutuskan tali ukhuwah ?




Eh tak mo tak mo.




Mungkin ada yang kata ;



Bergurau ? Sorrylah . Dalam kamus hidup aku takdak nya main gurau-gurau ni. Study study !




Loyar buruk punye gurau. Ahhh tension. Benci !





Ehem . Study study jugak but tak stress ke ? Tak macam ala-ala nak pitam gitu ?




Kalau ye pun kena ah release tension tu sikit. Bagi aku, kalau tak gurau tu macam hm bosan sikit ah.



Ayat takdak gurau;


“Eh kau tengah buat apa tu?”


“Study. Dah pergi sana.”


*krik krik*



 Sense of humor takdak and perbualan tu habis macam tu jo ? Pendek . Padat . Tak best ah .



Ayat gurau gitu;


“Wei kau buat apa ni hm?”


“Hahhhhh ! Aku tengah buat jalan ni hah. Jom ah tolong aku”


“What ?! Tolong kau ? Sorry ah. Nanti kulit aku kena sinaran ultraungu gitu.Eh tak mo tak mo.”


“Kau kalau aku bagi simbah sikit air pun best jugak au. Aku penat ni. Tolong ah”


“Diam ah kau. Aku nak mandi susu sat. Tata *lambai tangan like a princess*”


“Sampai hati mu”


“Dah kau tak payah nak buat drama sinetron beratus-ratus episode. Meh ajarkan aku Mathematics lagi bagus”


“Okaylah . Aku pun macam pandai je Mathematics ni lol”


“Ni macam nak gigit je kau hm. Nasih baik aku sayang kau kawannnn”



Hahhhh hambek kau . Gurau plus macam loya buruk pulak aih but best apa macam ni. Ceria je hidup kuikui. Tapi tak tahulah kehidupan korang macam mana. I love to gurau-ing with my friends lol.



Mungkin.



Ada yang tak suka orang yang suka gurau ni. Maybe dia seorang yang strict . Kerja semua nak buat tension-tension . Kerut-kerut muka . Alergic dengan orang yang suka bergurau (loya buruk) .



Hmmmm.



Aku rasalah takdak ah buruk mana gurauan ni ah . Dah kau pi buat gurauan buruk tahap petala 4 siapa suruh ? Lain kali bagi modified sikit gurauan tu . Biaq orang lain terhibur . Asyik nak sedih-sedih pun hm sedih weih.



Macam tak masuk je entry Nurin kali ni . Ayat pakat gengster je kuikui . Janji ada lol -.-

Sunday, August 4, 2013

Hanya dengan seminit dapat menjamin kita ke ?


Assalamualaikum.



This is first entry yang Nurin nak kongsikan after trial so hayatilah.



Dengan seminit ?



Apa je yang kita boleh buat dengan seminit ?



Tapi hanya satu minit ni berharga tau plus banyak ganjaran pahala ;


[1] Kita boleh berzikir (الله وبحمده  ﺴﺑﺣﺎﻦ ) sebanyak 100 kali.
- “Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.”  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[2] Kita boleh berzikir (الله وبحمده سبحان الله العظيم  ﺴﺑﺣﺎﻦ ) sebanyak 50 kali.
- Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan tetapi berat pada timbangan dan disukai ALLAH al-Rahman . (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[3] Kita boleh berzikir (لا حول ولا قوﺓ اِلا بالله ) sebanyak 40 kali.
- Ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah Syurga. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


[4] Kita boleh berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 30 kali.
- Kalau sekali je selawat, Allah akan berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka kita baca 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah J


[5] Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
- Kalu dah baca sekali, seumpa 1/3 al-Quran kita dah baca :’) Maka dalam hanya seminit, 5 kali kita mengkhatamkan al-Quran J


[6] Membaca surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.
- Sesungguhnya inilah surah yang teragung dalam al-Quran.
“Hendaklah aku ajarkan satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran. Iaitu - الحمدلله رب العلمين . Ini tujuh ayat yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima.” (Riwayat al-Bukhari)


[7] Memberi salam dan bersalaman berjabat tang dengan >1 orang.
- Dengan hanya seminit, hanya seminit anda boleh jalinkan ukhuwah !


[8 Membaca 2 helai halaman daripada majalah yang bermanfaat.
- Daripada dok tak tau nak buat apa. Almaklumlah dah habis trial pmr kuikui. Yang penting benda yang bermanfaat macam group Usrah and so on.


[9] Membaca >1 helai halaman al-Quran.
- Biaq baca sehelai dua helai. Asalkan kita faham apa maksud ayat al-Quran yang kita baca tu. Bukan main taram baca nak khatam je okay.


[10] Berdo’a memohon hajat kepada ALLAH.
- Perkara senang. Angkat tangan dan luahkanlah segala isi hati dan hajat anda untuk Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani J



Harapnya, kita semua dapat manfaatkan bersama hanya dengan seminit . Sumber daripada Solusi ; isu 56 – Jun 2013 . Mungkin ada yang tak pernah beli or tak tahu wujudnya buku ni or memang malaih nak selak or tak suka membaca (?) . So Nurin share dengan anda semua dekat laman sesawang ni .



Moga bermanfaat In Shaa ALLAH