} -->

Saturday, November 30, 2013

untuk dia hey ;

Assalamualaikum.


I  just wanna say something to her through this entry so, lets begin.


Bila dikatakan takdir, semua manusia tak boleh bantah even ada yang mengaku dia Tuhan olok-olok tapi dia pun tak boleh nak ubah. Mungkin ia satu kebaikan atau satu keburukan bagi seseorang. Semuanya Allah dah aturkan cantik molek dekat situ special untuk hamba-hambaNya yang disayangi.


Pertemuan aku dengan engkau secara kebetulan dekat laman social last month terasa hot issue lagi. Macam ‘wah. Dapat tambah satu lagi kawan.’ Dahler dia tu sejiwa dengan aku – exo stan lol. Bolehlah sejiwa jugak, heh ._. Bagi aku, kau macam ada ‘something’ yang buat aku nak kenal kau... lagi rapat. Tbh, aku selalu berangan nak ada kawan. Kawan baru. Yang aku cari sendiri.


Bukan nak kata kawan aku sekarang tak gempak cuma aku macam nak jugak rasa ada new friend haaa. Macam best je. Maybe in real life aku kepoh sikit but hey, aku kepoh dengan classmates aku je eh. Dengan orang lain, pergh terasa melekat bibir ni nak cakap. Senyum je. Awkward okay. Naik tegang kulit muka. Dah boleh kot jadi duta ‘Fab tak kak ton’ urgh ;A;


Allah dah takdirkan aku jumpa kau. Buat kawan dengan kau. Unmention tweet dengan kau. Semuanya takdir. Tapi bila one day tu aku tahu kau bukan macam kawan-kawan aku dekat sini, aku terasa nak tahu apa sebenarnya your problem is. Kau lain. Yang buat kau macam pesakit insomnia, always stress and get migrained. Hidup dirasakan lifeless and always cry everyday. Disebabkan kelainan kau tu, aku tertarik /peace/


Kau luah dekat aku sikit demi sikit. Macam mana hidup kau. Masalah kau. Impak daripada semua tu, kau tanggung sorang-sorang. Yes. Aku simpati. Simpati dengan kau and disebabkan tu, aku tak nak jadi macam diorang yang kau kata diorang anggap kau macam sampah sebab bila tak perlu, diorang buang. Aku nak support kau. Aku nak kau rasa betapa bahagianya ada kawan. Aku dekat sini, kau dekat Terengganu. Oh mak ai. Macam mano deh gua nak pi sano jenguk mu. So because of that, laman social lah jadi penghubung kita – penjalin dan penghubung ukhuwah kita.


Kau kata tak ada kawan pun tak apa sebab susah nak cari kawan yang betul-betul kawan. Tapi bagi aku, if nak survive hidup, sekurang-kurangnya kau kena ada kawan. Kawan yang always support kau dalam semua keadaan. Gembira, sedih, susah, sakit hati. Kawanlah list yang ketiga dalam hidup aku. If family tak ada nak bagi support, aku pergi dekat kawan-kawan aku but mostly aku suka pendam dalam hati. So dengan diorang, aku selalu happy je. Cerita macam-macam and bergelak ketawa sekali. Menangis? Of course ada tapi diorang jelah. Aku watlek dekat sini lol. Act, aku susah nak nangis... hm dah stop talking about that.


Tapi dalam kes kau, ada kawan, lagi beban. Mungkin aku tak berapa nak tahu sangat about your groups but adalah sikit aku tahu. Just a little bit. Mungkin tu semua ujian yang Allah nak uji dekat kau. Tentu ada hikmahnya. Trust me. Allah bukan saja-saja bagi beban dekat seseorang tu kalau bukan untuk kebaikan dia.


Just, kau perlu think positive. Kau settlekan masalah dengan diorang elok-elok but jangan lupa do’a untuk persahabatan korang. Jangan putus ukhuwah. Allah tak suka. Kalau boleh, teruskan even perit sekali pun. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Allah tahu sampai mana kudrat kau nak tahan dengan semua benda ni. Dengan masalah with your groups plus dengan sakitnya kau lagi. Tu semua ada hikmah sayang. Aku tahu kau sorang je rasa betapa peritnya masalah ni tapi please my dear, jangan putus asa. Kau kena teruskan hidup kau, for your future. Pls.


Memang dah berulang kali aku cakap dekat kau benda ni. Trust Him. Kau pohon do’a dekat dia. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maybe certain manusia, dia tak suka dengar masalah orang, tapi no problem lah. Allah ada. Apa kesah dengan diorang tu kan. Be strong my dear. I will always pray for you, for us, kebahagiaan dunia dan akhirat.


Just remember this words. Lekat dekat ingatan kau okay.  

I (we) always stand by your side. Always. Dengan izinNya, In Shaa ALLAH ♡♡♡

“Setiap orang Islam yang ditimpa penyakit atau lain-lain musibah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya seperti mana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. (Hadis Riwayat Bukhari, NO:1658)


p/s : Aku akan sentiasa dengar masalah kau, In Shaa Allah. Aku nak support kau. Aku rasa bertanggungjawab so let me hm?

Tuesday, November 26, 2013

no followback?




Assalamualaikum.

Kenapa tak nak followback? sombong ah.


Okay now. Memang dulu aku jenis yang suka main follow twitter acc semua orang ikut suka hati jari aku. Bila dah follow, timeline twitter aku akan dipenuhi dengan semua following aku. Pelbagai tweets ada. Tweet da'wah, tweet ilmu, tweet cinta, tweet lawak, tweet yang mengaibkan orang, tweet gambar tak senonoh and wtv.

Aku pikir, kenapa aku perlu follow twitter acc yang tak kena dengan hati aku? bila aku baca tweet diorang, aku akan mula judge. Bila judge, aku akan fikir positive dan negative dan mulalah aku fikir itu ini pasal owner twitter acc tu.

Satu ketika, aku kenal someone. Dia jarang follow orang yang dia tak kenal. Aku anggap dia sombong sebab jet jet tak nak followback followers yang mention dia tapi bila aku tahu sebab musabab dia tak suka follow orang sesuka hati, aku sedar. Sebab dia kata ;


Aku taknak mainkan perasaan orang. Nanti bila aku main follow je and one day aku nak 
unfollow dia sebab tweets dia tak kena dengan cara aku, aku takut dia sakit hati.


Sebab tu sekarang aku letak caption no followback dekat bio twitter acc aku. Bukan bermakna aku bajet, sombong and retis macam tu. Jujur aku kata aku tak sanggup nak hampakan diorang yang mention aku "mind followback?" . Sebabtulah aku letak. Get it?

Sebab musabab aku tak nak ada orang mention macam tu, aku taknak nanti bila aku followback and tweets dia menyakitkan hati aku-macam tak kena jiwa ah, aku akan mula cakap dia itu ini dan mengutuk dalam hati. Btw, tweets yang ayat dia macam geli-geleman tu, serious aku tak suka. Lagi-lagi tweets yang suka curse semua tu.

Dan aku follow orang ikut kata hati aku. Kalau aku rasa dia okay dan tak akan menimbulkan perasaan aku untuk judge dia, so okay. If aku rasa aku 'patut' follow dia, aku follow. And now bila aku nak unfollow someone, aku dah tak click button unfollow dah.


Aku terus block.


Aku block sebab aku tak nak diorang cari aku lagi. Nanti dia maki aku. Manusia sekarang mana suka unfollowers and haters. Ha takke takut centu? lol.

Bagi aku, if nak follow twitter someone kena tengok dulu beberapa tweet dia sebab daripada situ kita boleh agak perwatakan owner twitter acc tu macam mana. Bila dah follow, kenalah terima semua tweet dia. Takke gitu? Dah follow kenalah terima apa saja even tweet diorang tu annoying ke apa. Ha siapa suruh follow. Kena ah tanggung risiko.

p/s : lately ni, aku selalu sleepy -.-

Wednesday, November 20, 2013

people;

 Assalamualaikum.

Rasanya tak mati kut kalau tak pakai ayat-ayat carut dalam kehidupan seharian?
Tak pelik kut kalau nak maki-maki orang pakai ayat-ayat carut?


Mungkin ada yang kata, carut tu skill. Pergh! Pandai buat kesimpulan ye -.- Tak rasa bersalah ke kalau mencarut? Ke lagi rasa bangga? Ke nak cakap, zaman moden so kena ikut cara zaman-zaman tertentu?


Oh tidak. Lagi-lagi orang yang aci sedap dia je maki orang. Orang buat salah sikit, pi maki. Orang yang tak buat salah pun nak maki jugak. And yang lagi satu tu, pantang aku dengar sesedap mulut dia je panggil/gelar orang dengan nama haiwan.


Eh. Tak reti panggil nama dia ke apa? Ke lidah terbelit sampai gelar orang binatang? Amboi amboi. Kang orang cakap parents kau tak ajo, hah pandai pulak nak cakap jangan main mak bapak segala bagai.  For your information, akhlak anak-anak mengikut cara didikan parents dia. So tak salah rasanya bila nak libatkan your parents. Kan?


Lainlah kalau your parents dah didik betul-betul tapi harem diri tu tak ambik pusing. Hm. Bagai mencurah air ke daun keladi gitu. Asyik nak ikut kepala dia je. Orang nasihat, eh sukahati je tuduh orang bajet alim. Oh bloody jerk lah. Orang nasihat tanda sayang. Orang keliling kau nak suruh kau berubah ke arah yang lebih baik.


Takke kau rasa diri kau bertuah sebab Allah utuskan hamba-hambaNya untuk membimbing kau? Orang yang nasihatkan kau tu merupakan pertolongan daripada Allah tau. Tak semestinya Allah bagi direct terus dekat kau. Mungkin Allah bagi pertolongan dekat  kau melalui perantaraan kawan-kawan kau, melalui status facebook or tweet from twitter. Biaq tarbiyah sikit diri tu.


Cubalah fikir positive sikit. Ni asyik mention orang then maki panggil orang binatang ke amenda semua tu. Oh so lifeless ah lu der. Yeah memang rasa bila buat benda pelik semua orang dok mengata pandang semua. Eh. Suka jadi barang pameran eh? Attention seekers gitu? Oh pleaselah.


Cuba fikir. Kalau tak sekarang kau berubah, bila lagi? Kita tak tahu esok masih ada lagi ke untuk kita berubah? Bukannya suruh berubah tu, terus selubung pakai jubah ke semua tu. No. Ubah bahagian dalaman atau luaran dulu. Ubah satu-satu. Jangan gelojoh. Asalkan kau istiqomah. Don’t worry. Allah sentiasa ada. Sentiasa ada mendengar segala rintihan rayuan kau. Dia tak pernah jemu. Dia Maha Mengetahui segala yang terlintas di benak fikiranmu.



Kita hidup saling lengkap-melengkapi. Aku nasihat kau. Kau nasihat aku. Tiada yang mustahil jika Dia mengizinkannya. Wallahu’alam.

jangan jadikan kata-kata makian sebagai makanan ruji kau. Please jadikan ayat suci Al-Quran sebagai makanan buat rohani kau. Rohani pun kena makan okay.

p/s : orang kata kamu bodoh bukan maksudnya kamu tu bodoh sebab tak berpelajaran, tapi kamu bodoh sebab buat-buat bodoh sebab hakikatnya kamu tahu benda tu salah. Faham dak? So jangan blaming people if diorang kata kamu bodoh. Tengok diri dulu. But tak payahler sesuka hati nak kata bodoh dekat sesiapa. Get it?

Monday, November 11, 2013

Manusia ni kan....?

Assalamualaikum.


Manusia ni memang pelik kan? Nampak je orang, haaa terus di-scan nye atas bawah depan belakang. Dalam takmo?


Then, mulalah buat spekulasi sendiri ;


Haaa dia ni hm quite sexy tho. Hm mesti tak solat ni. Mesti selalu clubbing, berkepit dengan jantan. Tapi muka hm boleh tahan lah pulak.


WOW. She’s sooooooooooo beautiful huh. Bertudung litup ala ala Najwa Latipah gitu ha. Hm ni mesti solat tak tinggal ni.


Haish. Dah pahal mamat ni pakai baju macam ‘mat jambu’ je ruponye. Ni mesti kes selalu berkepit dengan perempuan kan ha dah jadi ‘patah’ dah tu.

***

Ha gitu ha manusia nowadays. Semua benda nak dijadikan bahan experiment, mata jadi tukang mesin x-ray gamaknya.

Bukannya nak buat acah soalan for Maharaja Lawak kepemenda tapi yeah, betullah tu.


Eish. Perempuan sebelah dia tu mesti awek dia doh.  {padahal tu kakak ipar dia huh}


Tengok hah couple yang acah acah sweet tu ha. Ni mesti tak kahwin lagi sebab takdak cincin pun dekat jari tu haaa. {padahal diorang have been married sampai anak dah dua orang}


Ni dah kenapa pakai tudung tak cukup kain huh? {padahal dia tak pandai nak beli tudung yang cukup ‘kainnya’ huh konon}

***

Okay guys. Macam ni. Ye memang lumrah manusia selalu buat konklusinya sendiri tanpa selidik dulu. Tapi patutnya, kita patut selalu husnuzzon. Bukannya asyik nak pandang serong senget ke semua dekat orang lain sebab mungkin macam rasa ‘Aku ni lagi baik daripada diorang. Hm aku solat. Aku pakai jubah. Aku ikut sunnah. Aku .... and bla... bla... bla’ .


Dah cukup memuji diri hm? Tak salah nak puji tapi sekurangnya jangan berlagak no kita semuanya betul. Kita semuanya tip top gitu.


Mungkin yang kita semua betul ke tip top ke tapi pernah fikir orang yang lagi betul daripada kita? Lagi tip top amalannya? Haaa.


Dalam kehidupan, tak salah kut nak husnuzzon orang. Lainlah waktu tu ada stranger datang dekat kau dari belakang then letak pisau setentang dengan leher kau, then kau dok sibuk ;


Husnuzzon... Husnuzzon...  Dia ni nak acah je. Nak buat drama kononnya kan?


Yang tu lain ceritaler. Nak husnuzzon apakemenda nya. Dah sah sah kau diambang maut tu huh.


Patutnya, kena kawal sikit perasaan nak buat spekulasi pasal orang tu orang ni.


Tak semestinya orang yang tak pakai tudung tu tak reti solat. Hm just mungkin dia masih tak faham yang solat tu dapat mencegah dia daripada buat perkara yang dimungkari oleh Allah.

Tak semestinya orang yang selalu senyum dekat mana mana je hatta nak ke tidur pun lol, tak pernah ada masalah. Mungkin dia suka pendam masalah dia sebab taknak orang sekeliling dia rasa terbeban sekali. Biarlah dia sedih merana di dalam asalkan orang di sekeliling dia bahagia.

Tak semestinya orang yang minat k-idol, english-idol, and wtv idol tu perangai diorang teruk. Eh memandai ye cop orang tu. Diri sendiri ape cer? Selagi diorang tak langgar syariat Islam, it's okay. Hm adaler batasnya huh.

Tak semestinya orang yang susah nak menumpahkan air mata tu tak ada perasaan. Mungkin dia hanya akan mengalirkan air mata pada waktu-waktu yang perlu. Air mata dia berharga. Tak akan tumpah hanya sebab benda yang sia-sia.

Dan tak semestinya orang yang berjubah, menutup segalanya, mulutnya baik. Perlakuannya baik. Mungkin di depan macam pijak semut pun tak mati  tapi dibelakang, nauzubillah, mati katak semut tu dia pijak lagi-lagi mulut kemain ha. Takpun tweet kemain nonsense. Asyik kerja nak maki orang, carut, luah perasaan yang tak sepatutnya diluahkan. Hm. Akal ado tapi takmo guna. Asyik ikut perasaan heh.

Tak semestinya juga aku ni macam apa yang korang fikir dan tak semestinya korang ni macam mana aku fikir. Haaaa ni dah boleh buat sesi ta'aruf dah ni heh.


Memang tak salah kut nak selalu asyik judge orang tapi hm bawak bawaklah kawal. Cuba try test husnuzzon sikit. Lama lama gitu, husnuzzon banyak. Practice. Lebih lebih lagi bagi manusia yang suka hang-out dekat merata luar tu.


Lagilah banyak bahan ujikaji nak dibuat experiment. Mungkin dok terperap dekat rumah adanya bagus. Buatler aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan dok asyik tengok hiburan, gossip sok-sek-sok-sek sana sini.


Kalau tak boleh nak husnuzzon orang, cuba buat berdo’a dekat Allah. Moga ditetapkan hati tu. Tak asyik nak pandang senget benget orang lain. Mohon dilindungi daripada menfitnah segala macam manusia. Mohon dijagakan hati dapat kawal hal macam tu. Do’a ler. Ikut suka hati kau.


Luah je apa yang kau nak, kau rasa. Sampai ke subuh, ke malam, ke pagi, luahlah. Dia tak pernah jemu. Tak pernah menolak. Tak pernah tak nak dengar luahan rintihan hambaNya. Memang dia dah berfirman yang Dia menyuruh hamba-hambaNya merintih kepadaNya. Merayu kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.


Buat muhasabah diri. Biar merangkak. Biar bertatih dulu. Jangan terus berlari. Nanti tersungkur, buat sia-sia je. Perlahan-perlahan belajar. Jangan gopoh. Jangan gelabah. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .

p/s : terbuatnya entri ni sebab otw baca Anthem-Hlovate (y)

Thursday, November 7, 2013

Eh.

Tak salah nak menegur

Tapi kena ada adab

Macam mana adabnya

Bagiler salam dulu, pembuka bicara ke ecewah

Janganler pakai ayat ‘makan dalam no’

Kang dalam no siapa nak korek lol

If dia lebih tua, pakailer gelaran yang sesuai

Tapi kalau lebih selesa guna kau-aku, haaa dipersilakan

Lagi best kan pakai kau-aku senanya ni haaa

Rasa rapat angat lol

Sebelum menegur, check dulu

Check gaponye?

Check keadaan sekeliling

If dekat public

Pastikan hanya dia yang mendengar kau bercakap

Kang orang lain dengar, jatuh aib dia

Dosa pulak kita hm

If dekat laman sesawang

Pastikan ber-dm sahaja

Tu pun kalau nak privacy lah yer

Kalau takmo, eh boleh je tegur dekat twitter

Just Tweetkan

Tapi pastikan

Tak mention nama dia

Hanya berkias-kias gitu haaa

Tahulah dia nak terasa

Cara Tweet ni lagi bagus apa

Nanti semua your followers baca

In Shaa ALLAH semua dapat pengajaran, dapat ilmu

Jangan kedekut

Kedekut nak pi mana ha?

Bila orang cakap kau riak sebab dakwah sana sini

Lantak dia situ

Dia siapa nak judge kau

Macam dia tahu isi hati kau

Biaq dia syok sendiri kutuk orang dekat situ

Kita buat endah

Nanti dia stopler sendiri heh ;A;

Yang penting

Allah tahu apa niat kita

Niat nak share ilmu dengan orang lain

Takpa

Selagi kau hidup

Allah sentiasa ada untuk kau

Jangan kau takda masa pulak nak luangkan masa untuk Dia

Letak tangan dekat dada, istighfar, tajdid niat.

Allah Maha Mengetahui walaupun sekecil zarah.


Sekian. Wassalam.



p/s : eh eh. Tak kena pulak dengan tajuknya hah lol biarin deh ;___;

Wednesday, November 6, 2013

Basic

[1] Address link ;



[2] Linkkan gambar and words di entry ;

for gambar 


for words



Saturday, November 2, 2013

please think.

Assalamualaikum.


Okay now. Maybe budak sekarang salah anggap about couple. Bila dah couple, kau sesuka hati buat statement yang ;

Dia hak aku


Dia aku punya sampai mati


Wait. Entry sebelum ni aku dah kata yang couple ni tak baik untuk kesihatan kau sebab nanti nafsu dengan syahwat mula menguasai diri kau sendiri tanpa kau arahkan. Hm yeah aku tahu kau suka dia cinta dia bagai nak mati but aku rasa tak perlu kot kau nak couple bagai?


Benda tu act lagi mendekatkan korang dekat dengan zina. Kau faham zina?! Benda tu tak boleh dibuat main dekat playground okay. Sekali kau join to club zina, susah kau nak keluar. Banyak hasutannya. Serious. Kau akan rasa ‘club’ tu syiok habes tapi padahnya haaaaaaaaa amek kau.


Contohlah kau suka dia and kau actually hanya remaja yang tak cukup umur nak kahwin and kau ambik jalan mudah dengan kau ‘ikat tepi’ dia dengan buat ikatan couple. Pejadah wei. Ikatan ukhuwah lagi diredhaiNya J (y)


Couple tak menjanjikan apa apa okay. Ada sesetengahlah yang sampai ke akad nikah but why you must to couple?! Bukannya tak ada cara lain. Cara lain tu kau kena tunggu sampai cukup umur then kahwin. Apeke gatal no tak sabarnye lahai.


Kau ni mengada kan nak kasih sayang dengan ajnabi. Nak lelebih sebagai kawan.... okay stop. Aku tak suka orang macam tu. Nak kawan, kawan. Tak payah nak feeling rasa cinta kawan kemende semua tu.


Mungkin kau rasa bila kau dah ‘sah’ bercouple dengan dia and kau bagitahu seantero dunia yang dia kau punya (hanya sebagai couple je pun) and sesiapa tak boleh touch him/her, kau memang silap besar. Besar wei takdak nak kecik kepe.


Mak and bapak dia yang jaga dia sampai jadi orang macam tu, kau senang je ambik jalan mudah eh. Nak bercouple sebab kau cintakan dia, tak boleh hidup tanpa dia (tapi sebenarnya sebelum ni boleh je hidup, tak mati pun -.-), sayang dia and segala pebenda lah. Bila dah couple rasa macam ‘yeahhh dia hak aku. Selagi dia hak aku, tak ada yang boleh ambik dia. Dia je untuk aku. Forever and ever and untill we die’ .


Ada ke Allah berfirman yang bila kau couple, dia hak kau, tanggungjawab kau. Hm takde kan? Rasionalnya, sebagai makhluk Allah, umat Nabi Muhammad SAW, kau patut ikut ke tidak ajaran yang Allah dah tetapkan? Kata sayang Nabi Muhammad SAW, tapi kenapa tak ikut sunnah-sunnahNya? Kenapa ikut larangan-laranganNya?


Okay mungkin kau tahu couple tu haram disisi Islam sebab akan membawa kepada kemungkaran Allah tapi disebabkan faktor-faktor disekeliling kau membuatkan kau terjebak dalam hal tu. Tapi kau salah if kau asyik nak salahkan hal sekeliling. Sepatutnya kau salahkan dulu diri kau. If iman kau kuat, benda macam tu tak jadi okay. Nak salahkan si dia sebab confess kau konon. Dia ‘mengayat’ sikit tu pun dah melting habis -.-


So aku harap sangat korang faham apa maksud yang aku nak sampaikan. Aku sanggup dengar kau nak cakap aku ni pemusnah relationship (couple) korang yang tah pebenda tu, aku ni jealous tahap nak mati sebab aku tak couple macam korang ke, idc.


It’s up to you. Yang penting aku dah sampaikan apa yang aku tahu setakat ni. Aku bukannya nak berlagak tunjuk hebat kepe semua but aku tak suka pendam sorang-sorang benda ni dalam minda aku. Aku nak korang semua tahu. Tak perlu buat silap lagi. Aku harap korang faham.


Please.


Fikir betul-betul. It’s for your future. Islam future. Kalau kita umat Islam tak berubah, masa bila foreigners nak respect Islam, respect kita? Aku tahu korang pandai. Aku tahu korang faham maksud disebalik apa yang aku type ni.


Aku taknak kita putus ukhuwah sebab benda ni. Yes. Memang aku tak sanggup nak cakap pasal benda ni face to face dengan kau. Nanti kau melenting, aku yang kena maki pulak. Kita settle baik-baik.


Aku cuma nak korang tahu yang jodoh tu tak kemananye. Allah dah tentukan. Memang Allah suruh kita berusaha, kita cari tapi masalahnya bukan dengan cara ikat tepi dia dengan couple. Allah nak ikatan yang halal yakni perkahwinan. Bukannya couple main pondok-pondok tu haaa.

Sekian.

i'm sorry if ada yang terluka, sakit hati segala mende sebab ayat yang Nurin pakai macam rude sangat, macam pandai sangat nak 'ceghamah' orang sedangkan diri pun tak betul. hm yeah. Cuma nak sampaikan sikit aje, takde niat nak halang kemende semua tu just nak suruh orang lain fikir apa yang Nurin fikir. I'm so sorry again...from the bottom of my heart ._.