} -->

Wednesday, November 20, 2013

people;

 Assalamualaikum.

Rasanya tak mati kut kalau tak pakai ayat-ayat carut dalam kehidupan seharian?
Tak pelik kut kalau nak maki-maki orang pakai ayat-ayat carut?


Mungkin ada yang kata, carut tu skill. Pergh! Pandai buat kesimpulan ye -.- Tak rasa bersalah ke kalau mencarut? Ke lagi rasa bangga? Ke nak cakap, zaman moden so kena ikut cara zaman-zaman tertentu?


Oh tidak. Lagi-lagi orang yang aci sedap dia je maki orang. Orang buat salah sikit, pi maki. Orang yang tak buat salah pun nak maki jugak. And yang lagi satu tu, pantang aku dengar sesedap mulut dia je panggil/gelar orang dengan nama haiwan.


Eh. Tak reti panggil nama dia ke apa? Ke lidah terbelit sampai gelar orang binatang? Amboi amboi. Kang orang cakap parents kau tak ajo, hah pandai pulak nak cakap jangan main mak bapak segala bagai.  For your information, akhlak anak-anak mengikut cara didikan parents dia. So tak salah rasanya bila nak libatkan your parents. Kan?


Lainlah kalau your parents dah didik betul-betul tapi harem diri tu tak ambik pusing. Hm. Bagai mencurah air ke daun keladi gitu. Asyik nak ikut kepala dia je. Orang nasihat, eh sukahati je tuduh orang bajet alim. Oh bloody jerk lah. Orang nasihat tanda sayang. Orang keliling kau nak suruh kau berubah ke arah yang lebih baik.


Takke kau rasa diri kau bertuah sebab Allah utuskan hamba-hambaNya untuk membimbing kau? Orang yang nasihatkan kau tu merupakan pertolongan daripada Allah tau. Tak semestinya Allah bagi direct terus dekat kau. Mungkin Allah bagi pertolongan dekat  kau melalui perantaraan kawan-kawan kau, melalui status facebook or tweet from twitter. Biaq tarbiyah sikit diri tu.


Cubalah fikir positive sikit. Ni asyik mention orang then maki panggil orang binatang ke amenda semua tu. Oh so lifeless ah lu der. Yeah memang rasa bila buat benda pelik semua orang dok mengata pandang semua. Eh. Suka jadi barang pameran eh? Attention seekers gitu? Oh pleaselah.


Cuba fikir. Kalau tak sekarang kau berubah, bila lagi? Kita tak tahu esok masih ada lagi ke untuk kita berubah? Bukannya suruh berubah tu, terus selubung pakai jubah ke semua tu. No. Ubah bahagian dalaman atau luaran dulu. Ubah satu-satu. Jangan gelojoh. Asalkan kau istiqomah. Don’t worry. Allah sentiasa ada. Sentiasa ada mendengar segala rintihan rayuan kau. Dia tak pernah jemu. Dia Maha Mengetahui segala yang terlintas di benak fikiranmu.



Kita hidup saling lengkap-melengkapi. Aku nasihat kau. Kau nasihat aku. Tiada yang mustahil jika Dia mengizinkannya. Wallahu’alam.

jangan jadikan kata-kata makian sebagai makanan ruji kau. Please jadikan ayat suci Al-Quran sebagai makanan buat rohani kau. Rohani pun kena makan okay.

p/s : orang kata kamu bodoh bukan maksudnya kamu tu bodoh sebab tak berpelajaran, tapi kamu bodoh sebab buat-buat bodoh sebab hakikatnya kamu tahu benda tu salah. Faham dak? So jangan blaming people if diorang kata kamu bodoh. Tengok diri dulu. But tak payahler sesuka hati nak kata bodoh dekat sesiapa. Get it?

2 comments:

  1. Betul tu..

    Ina tak faham, kalau org yg caci tu, bukannya dapat apa2 pun.. Dapat dosa, adalah..

    ReplyDelete
  2. @Sabrina SA maybe diorang rasa diorang hebat sangat kut main maki-maki ni ha. yang penting jangan ikut perangai buruk diorang. tak mati pun kalau tak pakai ayat maki tu kan (y)

    ReplyDelete

Mind your words. Thank you.