} -->

Wednesday, December 25, 2013

dari lubuk hati--


Syukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kita berdua. hadirnya kau dalam hidup aku sedikit sebanyak dapat mengisi segenap ruang di hati ini. hadirnya kau untuk meneman. hadirnya kau sebagai pengingat. hadirnya kau sebagai semangat. 

sungguh hadirnya kau banyak hikmahnya. sungguh bersyukur aku dekat Sang Pencipta. 

Mungkin suatu ketika, kita berdua tak akan ada lagi peluang untuk bersua. perancangan Allah sungguh amat rahsia. sungguh tika itu hanya do'a akan menghubungkan antara aku dengan kau, dengan diiringi redhaNya. 

Mungkin suatu hari aku tidak mampu menggenggam erat tanganmu untuk membimbingmu ke arahNya. aku tidak mampu bergelak tawa bersamamu seperti dulu. aku tidak mampu meluangkan masa bersamamu seperti saat ketika itu. Namun, usah kau risau. kenangan yang dulu boleh membawa penangan rindu. kenangan yang punya banyak manis seperti madu serta pahit seperti hempedu. kenangan yang membawa kita pada zaman dahulunya. 


Takdir Dia itu indah. Hanya kau perlu Percaya Dia.


Jauh aku pergi, aku mohon do'amu mengiringi. Hilangnya aku, mohon diingati. Perginya aku, mohon kau mencari aku lagi.

Moga ukhuwah yang kita bina mendapat redhaNya. Moga menuju JannahNya. In Shaa Allah.


p/s : aku tuju dekat semua. semua yang kenal aku. yang kawan aku /peace 

Wednesday, December 18, 2013

penguat hati ;


Takdir telah menemukan dua hati,
dua hati yang sedang tercari-cari erti hidup di dunia yang serba penuh dengan tipu daya,
yang hanya perhiasan semata-mata dan yang pasti,
tak akan selamanya.

Hadirnya kau sebagai teman,
teman yang penuh pancaroba hidupnya,
teman yang cukup berahsia,
teman yang suka memendam rasa,
teman yang sering mengalirkan air mata,
dan puncanya adalah kerana hamba-hambaNya di dunia yang sering memporak-perandakan yang lainnya.

Cukuplah teman,
kesat air matamu,
endahkan orang di sekelilingmu,
biarkan perkara yang lepas berlalu,
biarkan perkara yang lepas pergi begitu,
jangan terfikir untuk berpatah ke belakang,
sungguh perhiasan di dunia hanya permainan semata,
sungguh kau jangan terpedaya,
mainan dunia amat lebih menyeramkan daripada yang kau sangka.

Mungkin aku tidak cukup mengenalimu dan mungkin juga kau tidak cukup mengenali diri kau yang sebenarnya,
mungkin kami tidak cukup menda’wahmu mentarbiahmu,
eh tidak mengapa,
Allah akan menolong hambaNya yang berusaha untuk kembali kepada fitrah – kepadaNya,
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
dan takdir Allah itu sangat indah,
Dia hanya memberikan dugaan kepada hambaNya setimpal dengan kudrat mereka,
jangan kau risau,
jangan kau gundah gulana,
Allah mengujimu kerana Dia mahu tahu takat mana keimananmu kepadaNya,
jangan kau kata kau tak sedia,
jangan kau kata kau tak berdaya,
jangan kau kata kau sudah putus asa,
ingat ya,
Allah tidak cukup gemar akan hambaNya yang mudah berputus asa hanya kerana dugaan yang menimpa.

Kau kena percaya,
kau kena cuba sedaya upaya,
kau kena ingat selamanya bahawa Allah sentiasa ada,
yup SENTIASA ADA,
untuk hamba-hambaNya yang dikasihi.

Kelak suatu hari,
bila kau ditimpa dugaan dan sebagainya,
kau hanya akan sedar,
hanya Dia tempat kau meminta,
hanya Dia tempat kau meluah rasa,
sungguh HANYA DIA,
yang lain hanya perantaraan antara kau dengan Sang Pencipta.

Hanya kau perlu ingat,
Allah menimpakan sesuatu ujian kepada para hambaNya adalah untuk menguji takat mana keimanan seseorang itu kepada Sang Pencipta,
dan yang pasti ujian itu setimpal dengan kudrat hamba-hambaNya,
makin tinggi iman kau, makin besar ujian Allah timpakan.

Jadi lah seperti ‘air yang mengalir’
yang tetap akan mengalir walau disekat dengan bermacam-macam halangan,
yang tetap mencari jalan keluar untuk mengalir,
yang terus ke hadapan tanpa memikirkan halangan yang akan ditempuhi di hadapan,
dan pastinya  tetap sentiasa mengalir ke hadapan dan takkan pernah sesekali mengalir ke arah belakang.



Sekali kau berhijrah,
kau cubalah Istiqomah.


Maka,
kuatkan hati,
teguhkan peribadi,
jangan risau,
penat di dunia,
kau akan rehat sepenuhnya di akhirat sana.


“Allah kalau nak hambaNya kembali kepadaNya, Dia akan kirimkan orang-orang yang baik untuk berubah. Then Allah rajinkan diri kita pergi majlis ilmu dan ilmu sebelum ni yang kita tak tahu tu kita akan tahu walaupun kita tak tahu apa-apa sebelum kita tahu tu. Sampai satu masa, Dia akan tarik balik orang-orang yang menolong menda’wah dan tarbiah kita. Sebab Allah nak tengok, kita berubah sebab orang itu (hambaNya) atau sebab Allah.” – Seorang Akhi

Monday, December 16, 2013

si kaum Hawa ;



Hawa,
Sungguh indah Allah ciptakan engkau sebagai makhluk yang sentiasa dipelihara,
Sejak kecil hinggalah dewasa,
Tapi adakah engkau menghargai apa yang engkau ada?
Adakah engkau bersyukur dengan setiap apa yang tersedia?
Adakah engkau mengikut segala apa yang Dia minta?

Hawa,
Indah nan mawar jika engkau selitkan sedikit rasa malu di dalam diri,
Malu yang pasti terselit jua iman dan taqwa,
Bila mana engkau di luar,
Engkau mampu menjaga pandanganmu,
Engkau mampu menundukkan wajahmu daripada menjadi tatapan daripada si kaum Adam yang rakus nafsunya,
Engkau mampu mengawal sikapmu agar sentiasa tidak melampaui batas sehinggakan menarik perhatian si ajnabi sana,
Engkau mampu mengawal mulutmu daripada berbicara yang sia-sia sehinggakan membawa kepada perbualan yang ada unsur zinanya,
Engkau hanya mampu membuat riak muka biasa di hadapan ajnabi-ajnabi tanpa diselitkan riak ceria dan sebagainya.

Sungguh jika engkau si kaum Hawa,
Memiliki sifat malu yang ada iman dan taqwanya
Yang betul-betul di sisi syarak IslamNya,
Sungguh bertuah dikau wahai si kaum Hawa,
Kau akan dihormati akan sekalian makhlukNya,
Itupun jikalau dikau tahu apa khasiatnya,
Di sebalik malu yang ada iman dan taqwanya.

Tidak mengapa wahai si kaum Hawa
Jikalau dulu engkau terbabas dari jalan lurusNya
Ubahlah haluanmu secepat-cepatnya,
Ubahlah dalaman dan luaranmu sedikit demi sedikit,
Usahalah engkau untuk mengalirkan air mata di hadapan Sang Pencipta walaupun susah pada mulanya,
Hanya kau perlu kenang segala dosa,
Nescaya engkau akan mengalirkan air mata keinsafan atas kejahilan kau selama ini.

Tidak mengapa wahai si kaum Hawa,
Biar diubah sedikit demi sedikit,
Yang paling penting, Istiqomahnya,
Moga tabahkan hati,
Moga kuatkan diri,
Untuk hadapi hasutan mazmumah daripada yang lainnya,
Hanya perlu kau ingat,
Syarat taubat itu bilamana hati seseorang itu terdetik untuk berubah,
Syarat mati itu adalah hidup,
Kau perlu ingat juga bahawa Allah sentiasa ada, untuk hamba-hambaNya.

Sungguh,
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yang ghaibnya,
Berdo’alah, bertaubatlah, berusahalah selagi kudrat masih ada,
Wahai si kau Hawa,
Yang terpelihara.


Wallahu’alam.

Wednesday, December 11, 2013

seruan Hijrah ;


Salam ‘Alaik.


Harapnya silent reader(s) aku semua sihat wal’afiat. Aku nak berkongsi sesuatu. Kalau tak suka, silakan pergi.


***


Tika suatu hari, terdetik hati kecil. Hati yang dulunya penuh dengan perkara lagha, tapi kini mula berubah arah. Dah sudah tentu dengan izinNya, yang Maha Kuasa. Pada mulanya hanya memikirkan begitu sahaja. Lama kelamaan Dia utuskan pula hamba-hambaNya untuk membantu seorang hamba yang dulunya hina, hidup yang penuh dilumuri dosa.


Hari ke hari, hidup seorang hamba yang dulunya penuh diisikan dengan perkara sia-sia, tapi kini hanya memandang sipi-sipi sahaja. Minatnya kurang tapi masih ada lagi sikitnya minat. Minat yang pasti bukannya melalaikan. Minatnya hanya minat. Minat. Tapi orang sekelilingnya memandang minatnya satu benda yang terlalu hina. Mungkin mereka hanya pandai berkata-kata tapi tolongnya entah kemana.


Seorang hamba yang mendapat hidayahNya mula tercari-cari mana lagi taliNya. Tali yang menghubungkan lagi dia kepada Dia. Dia bagi kekuatan, melalui hamba-hambaNya. Dijadikan hati dia mudah terasa. Dijadikan pemakaiannya berubah serta merta. Dijadikan niat dia hanya untuk Dia. Dijadikan hidupnya hanya untuk beramal kepadaNya.


Im kata, ‘kata orang tolak tepi. Yang penting Istiqomahnya.


Dia usaha jadi muslimah yang terjaga. Dia usaha ubah semua, sedikit demi sedikit. Dia usaha ubah dalamannya. Dia usaha kawal amarahnya. Yang pasti untuk masa depannya. Juga masa depannya di akhirat sana.


Dia terasa menjadi muslimah yang terjaga itu, mahal harganya. Dia terasa yang pemakaian mengikut syariat itu sungguh-sungguh dituntutNya. Dia terasa sungguh bertuah sebab masih dikurniakan hidayahNya. Tetapi akibat faktor sekeliling, hijrahnya sedikit terbantut.


Tapi dia memikir positif. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah bagi dugaan, Allah bagi cabaran, Allah bagi kesusahan, yang sudah tentu mengikut kudrat si hamba-hambaNya. Dia nak kau kembali kepada Dia. Tuhan pemilik semesta alam. Tuhan yang Esa. Hanya Dia tempat kau meluah rasa. Hamba-hambaNya hanya sebagai perantaraan antara kau dengan Dia.


Taubat tak kenal nama. Taubat tak kenal usia. Taubat tak kenal masa. Tapi taubat hanya kenal akan saat ajal. Saat yang pastinya tak akan siapa dapat hentikan, kecuali Dia. Selagi ajal tak menjemput, taubat masih ada. Setia menunggu hambaNya yang seterusnya, untuk kembali beramal untuk Dia. Tak bermakna hambaNya yang banyak berbuat ibadah tak boleh bertaubat. Taubat hak semua. Nak taknak kau punya rasa. Rasa nak ke tak nak ke, kau fikir bebanyak. Wallahu’alam.



Do’akan aku, aku do’akan kau, kita do’a untuk semua. Yang pasti untuk mendapat redhaNya. In Shaa Allah.

cr to rightful owner

Sunday, December 1, 2013

Kerana Cinta by In-Team

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


cr : rightful owner