} -->

Sunday, April 27, 2014

for you, sahabat...


Sahabat,
Sungguh bersyukur aku dikurniakan sahabat sedemikian rupa,
Jatuhnya aku, sakitnya aku, lalainya aku,
Allah kurniakan engkau untuk bantu aku bangkit semula.

Jalan menuju redhaNya tak mudah,
Jalan menuju mardhatillahNya takku duga,
Jalan menuju arah yang benar penuh dengan onak durinya,
Adanya kau sebagai pembantu,
Adanya kau sebagai penguat semangat,
Adanya kau menasihati aku pada setiap buruk lakuku,
Aku hargai,
Sangat...

Perginya kau,
Aku tak dapat tangisi,
Aku selalu kata pada diri -


“Jika kau menangis dekat perkara sekecil ini, adakah engkau juga menangis bila rindunya sama
Ya Rasulullah? Menangis bila lupa pada Sang Pencipta? Menangis bila terkenangkan
dosa-dosa kau? Menangis bila laghanya engkau dengan hal duniawi?”


Aku cuba kuatkan hati,
Kata-kata semangat yang pernah dikau bagi,
Akan menjadi tatapan bila perlu In Shaa Allah,
Moga Allah berkati ukhuwah ini,
Sekali lagi maaf tak mampu nak mengalirkan air mata,
Tapi mungkin  benteng tu tak mampu ditahan lagi,
Mungkin akan melimpah jua,

Suatu hari nanti...

pls stop merepek ;;


Salam ‘Alaik.

Bukan nak mengata. Cuma hm mungkin just wanna share something. Moga hati dapat terima. No hard feeling yea.


Lumrah manusia. Memang dah macam tu. Memang. Tapi, tak boleh nak jadikan alasan untuk kuatkan hujah kau yang tak berapa nak logik tu. Such as like- lumrah manusia lah nak judge orang, nak marah orang, nak dengki orang, nak sangka buruk dengan orang and etc.


Benda tu semua boleh kawal kan? Yeah kawal. Sebagai umat Islam, tak sepatutnya bersikap macam tu. Ikut je telunjuk nafsu. Jangan jadi macam kerbau dicucuk hidung. Biar kau yang lead nafsu bukannya nafsu yang lead kau. Faham?


Manusia datang dan pergi. Hadirnya dia dalam hidup kau hm macam terasa janggal mungkin? Banyak spekulasi yang berada diminda. Dia ni macam gitu dia ni macam gini. Apa yang kata hati kau kata, semua diterima. Apa kata pandangan mata kau, semua kau iyakan saja. Tak pernah nak menolak. Tak pernah nak membantah. Ikutkan saja...


Jangan sangka buruk dengan orang. Jangan. Even kau tahu dia jahat cemana, jangan cuba sangka buruk. Serious weh. Sangka buruk tu boleh jejaskan ukhuwah kau. Nanti Allah murka. Na’uzubillah. So, try to avoid it. Jangan kata diri tu tak mampu. Ko paham dak, cuba. Cuba. In Shaa Allah Dia bantu. Percaya Dia.


Alah takat tengok luaran dia, kau dah pandai kata dah pandai cop muka dia dengan ‘HA BUDAK NI SOMBONG. BAJET LEBIH.’ Eh leklu. Pernah terdengar/terbaca  quote ni kan? :-


“Don’t judge a book by its cover.”  


Pernah kan? Pls kata pernah. Ha gitu juga dengan orang. Asal tengok rupa, asal tengok kemewahan dia and so on, memandai kata dia ni kerek nak mam---. Eh tak baik gitu. Tak kata aku perfect semata cuma tak elok bersikap sedemikian rupa. Kadang aku macam tu juga but yeah masih mencuba. Kata nak jadi mukmin yang sejati. Kata nak masuk JannahNya. Kata nak dilindungi Dia. Maka, cuba ubah sikap. Jangan main sukahati nak tonyoh orang dengan your words. Even rasa ayat tu hanya ayat biasa bagi diri kau, bagi dia kau tak tahu? Mungkin dia terasa? Mungkin??

Kelaku orang semuanya ada sebab. Just fikir yang dia buat macam ni sebab ada baiknya. Tak perlu tunjuk yang kau betul-betul menyampah tengok muka dia ke apa sekalipun. Cuba tahan diri. Sangka baik dengan dia. Sangka baik dengan mereka. Sangka baik dengan semua. Moga Allah redha!


Wallahua’lam.