} -->

Wednesday, September 16, 2015

Untitled

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya anda sentiasa dalam lindungan Allah.

Terkadang, rasa sayu itu hadir di waktu ketika engkau rasa you're useless to others. Mungkin terlalu membuka pintu untuk yang lain mendekati diri merupakan langkah yang tidak bijak malah akan memberi kesan-kesan yang tidak sepatutnya ke atas pihak-pihak tertentu.

Keputusan yang muktamad telah dilakukan mungkin akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang merasakan perkara itu tidak perlu dibuat.

Mungkin apabila diri ini merasakan semuanya bagai tidak kena, mengangkat kaki dan melangkah pergi membawa diri berseorangan itu langkah yang terbaik. Membiarkan diri hanya dengan si Dia yang sering memahami malah langsung tidak akan menyakitkan diri, itu yang terbaik buat diri.

Wahai Tuhan, maafkan jika ada antara kami lalai dalam mengingatimu kerana terlalu bahagia dengan ni'mat yang Kau kurniakan. Terima kasih kerana menghadirkan mereka yang pernah menjadikan hidup ini dihiasi dengan tawa gembira, tangisan hiba dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan semua dan merelakan diri ini menuju kepadaMu dengan harapan yang tinggi.

Setiap yang terjadi itu ada yang Allah mahu kita belajar dan sedar betapa hanya Allah yang memiliki segalanya. Pabila adanya hadir, pasti adanya pisah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Tuesday, September 1, 2015

Allah knows best.

Assalamualaikum warohmatullah.

Aku tak berapa ingat samaada semalam ataupun kelmarin, hasrat aku untuk menghayati setiap bait kata-kata yang dilagukan oleh Halim Ahmad, Dalam Sujud Cintaku. Aku berusaha untuk mendownload lagu itu tetapi tidak berhasil.

Aku cuba dan cuba, namun hasilnya tetap sama. Almaklumlah, line internet tidak berapa baik sebab dah berada di penghujung bulan. Aku akur dengan hasilnya. Sabar. Itulah perkataan yang selalu aku ingatkan apabila perkara yang aku mahukan tidak dapat aku capai.

Hari ini, sungguh aku tidak jangka bahawa lagu itu dapat aku dengar. Allahu akbar! Alunan merdu suara Halim Ahmad berkumandang di radio yang berfrekuensi 91.5(Ikim.fm). Bukan hanya suaranya yang aku hayati,malah setiap kalimah yang dituturnya, aku hadam perlahan-perlahan. 'Rasa' itu yang aku ingin kecapi.

Tertunai sudah impian aku yang tahpape ini. Mungkin yang sedang baca ini hanya mampu meng-ek-eleh kelakuan aku. Tenang wahai manusia. You know nothing but Allah does. Tak perlu gelabah untuk mencari punchline saya yee. Sengih pun dah cukup.

ﻭَﻣَﻜَﺮُﻭﺍ ﻭَﻣَﻜَﺮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ۖ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟْﻤَﺎﻛِﺮِﻳﻦ
[QS Surah Ali-Imran, 3: 54)

Allah knows best for us. Jikalau apa yang kita nak sangat tidak dapat dicapai, jangan kecewa sehingga memberontak tak tentu fasal. Tenang. Bersangka baiklah dengan Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa benda itu tidak munasabah untuk berlaku.

Percaya dan yakin akan Allah. Letaklah segala kebergantungan harapan kepada Allah, pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

Wallahu a'lam.


Jarak.

Walau jarak itu memisahkan jasad-jasad kita--
Pendirian ini tetap teguh meyakinkan;
Hati kita bisa bersatu.
Dengan izin-Nya Dia.

Tidak perlu kerap berbicara dan berhubung sakan,
Tetapi cukuplah ingatan untuk mendo'akan antara satu sama lain tiap kali selepas solat fardhu.

Biar rasa itu sentiasa ada;
Biarpun jasad tak kelihatan pada mata.