} -->

Wednesday, September 16, 2015

Untitled

Assalamualaikum warohmatullah. Moganya anda sentiasa dalam lindungan Allah.

Terkadang, rasa sayu itu hadir di waktu ketika engkau rasa you're useless to others. Mungkin terlalu membuka pintu untuk yang lain mendekati diri merupakan langkah yang tidak bijak malah akan memberi kesan-kesan yang tidak sepatutnya ke atas pihak-pihak tertentu.

Keputusan yang muktamad telah dilakukan mungkin akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang merasakan perkara itu tidak perlu dibuat.

Mungkin apabila diri ini merasakan semuanya bagai tidak kena, mengangkat kaki dan melangkah pergi membawa diri berseorangan itu langkah yang terbaik. Membiarkan diri hanya dengan si Dia yang sering memahami malah langsung tidak akan menyakitkan diri, itu yang terbaik buat diri.

Wahai Tuhan, maafkan jika ada antara kami lalai dalam mengingatimu kerana terlalu bahagia dengan ni'mat yang Kau kurniakan. Terima kasih kerana menghadirkan mereka yang pernah menjadikan hidup ini dihiasi dengan tawa gembira, tangisan hiba dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan semua dan merelakan diri ini menuju kepadaMu dengan harapan yang tinggi.

Setiap yang terjadi itu ada yang Allah mahu kita belajar dan sedar betapa hanya Allah yang memiliki segalanya. Pabila adanya hadir, pasti adanya pisah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.