} -->

Friday, November 27, 2015

Tegur orang tapi dia pun salah?!

Assalamualaikum warohmatullah. Jumu'ah mubarak!

Kadang mungkin antara kita pernah terbaca atau terdengar seseorang kata; kau tegur aku tapi diri sendiri pun salah. Tu ha orang sebelah kau pun salah juga apesal tak tegur?

Kalau nak tunggu semua orang sempurna dan betul, teguran tu tak akan ada sebab kita ni mana boleh jadi sempurna. Manusia memang tak akan lekang membuat dosa. Ingat.

Kalau teguran takde, cemana kita nak audit diri? Nak muhasabah diri? Kita sangka semua benda kita buat ni betul tapi sebenarnya tidak!

"Rambut kau takat mana eh? Sebab sanggul kau macam tinggi sangat je"

"Ce senyum elok2. Kenapa buat mulut macam tu pelik la haha boleh sangkut hanger"

"Lengan baju kau terselak tu. Kau ada followers lelaki kan? Delete gambar tu ya?"

Macam PU Amin cakap; Islam agama memikat bukan menyekat. PU Abu pula cakap; berkongsi bukan menghukum.

Tegur dengan berhikmah bukan sahaja membawa maksud kepada cakap elok2 sopan2. Ianya membawa maksud bijaksana yakni teguran tu ngam dengan orang yang nak ditegur. Adab dan akhlak juga perlu seiringan.

Berlapang dadalah dalam apa jua keadaan. Bersifat malu lah untuk apa jua perkara.

Kalau ditegur dan kita balas dengan membandingkan dengan kesalahan orang lain dan berkata saya tak maksum, adakah ianya akan memberi manfaat pada diri?

Jangan tuding jari, jangan ungkit payahnya nak berhijrah. Itulah ujian. Kita sabar atau tidak untuk hadapi. Kita minta agar Allah beri kita kekuatan. Bila orang tegur, taksabar. Walhal, dengan cara ditegur orang membuatkan kita lebih kuat. Fikir, renung.

Kalau tak ditegur, adakah kita tahu salah kita? Contohlah kita tidur berdengkur dan mengganggu tidur orang lain, adakah kita tahu salah kita selagi takde yang tegur "kau tidur berdengkurlah wei".

Adakah kita tahu salah kita yang terambil port dekat cafe yang dah dicop orang lain selagi takde orang yang bagitahu/ada bukti?

Terimalah teguran dengan berlapang dada. Teguran itu daripada Allah melalui manusia. Kita melenting, maka kita melenting dengan Allah.

Kita ada hak untuk tegur dengan berhikmah;
Allah punya hak untuk beri hidayah dan petunjuk.

Pelik kalau orang masih sama selepas ditegur? Mungkin Allah belum nak beri hidayah kepadanya dan mungkin dosa2 kita menjadi asbab terhalangnya hidayah Allah.

Wahai Allah. Lembutkan hati2 kami untuk sedia menerima teguran orang lain.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Wa 'ala ali Muhammad.

No comments:

Post a Comment

Mind your words. Thank you.