} -->

Monday, May 23, 2016

Tutorial : Billy Player


Assalamualaikum warohmatullah. Harini saya nak share cara nak letak Billy Player dekat blog. Memandangkan music player sebelum ni tak dapat berfungsi, saya decide nak tukar jenis player. Tuto ni saya rujuk kak Atiqah Jaidin punya tapi diolah sedikit daripada yang asal.

1. Click >SINI< dan sign up. Isi details yang diperlukan ye.

2. Upload music file anda. Pastikan anda publickan music yang didownload tu. Kalau tak public, tak dapat nak ambil direct hotlinknya. Tapi, anda boleh pilih sama ada nak allow orang lain upload atau tidak file tu.

3. Copy link dalam kotak Direct Hotlinks.


4. Click >SINI< dan pastekan direct hotlinks tadi dalam kotak. Title untuk music anda tu terpulang nak letak apa. Tick autoplay(jika mahu) dan click Generate Code.


5. Copy code dan paste dekat blog anda. Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript


6. Siap! Ohya. Kalau letak 1 lagu je, dia akan repeat sendiri.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Friday, May 6, 2016

Allah test me and you.



Assalamualaikum warohmatullah. Kejadian ni berlaku semalam; Khamis, 5 Mei 2016.

Aku ada kucing. Kucing tu semua kucing datang. Kami bagi makan minum. Jagalah depa semua. Ada sekor kucing jantan ni, kami bagi nama Mel. Sekarang ni, Mel tengah menggatal nak mengawan. Meow sana sini. Kadang-kadang pancut dalam rumah. Kadang-kadang pancut dekat luar rumah. Stress jugalah. Aku selalu doa supaya Mel tak pancut dekat baju, kasut, tempat nak lalu lalang. Tadi petang time abah balik kerja, Mel masuk sekali. Mengiau kemain. Abah bagi Mel makan tapi tak makan pun. Mengiau aja.

Mel pergi dapur menuju ke bilik air. Macam nak minum air tapi tak jadi sebab aku pelawa. Entahlah. Mel pergi ke depan balik. Mel dekat-dekat dengan bakul tapi aku tolak dia. Mel tak pergi jauh pun. Aku ingat, jarak yang agak jauh(lebih kurang 15cm) tak membolehkan dia untuk pancut dan kena bakul sebab selalunya kalau Mel pancut, Mel pergi dekat lagi.

Malang tidak berbau, Mel selamat memancutkan air kencingnya ke bahagian tepi bakul yang diisi baju-baju yang belum dilipat, depan mata aku sendiri. Aku punya berang, fuh, tak boleh cerita lah. Aku jerit lebih kurang begini; kenapa pancut dekat bakul!!! sambil aku tepuk belakang dia. Geram. Apalagi, kena halaulah keluar rumah. Rasa nak nanges je weh.

Bila lama-lama aku fikir dan sedaya upaya nak cari hikmah di sebalik kejadian yang berlaku tadi, oh. Allah sayang. Allah uji aku dengan kudrat yang aku mampu. Allah tak bagi aku hadap situasi yang aku tak boleh handle. Aku yakin sebab Allah dah janji dalam Surat Cinta-Nya yakni Al-Quran. Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.--Surah Al-Baqarah, ayat 286
Buktinya, aku dapat handle sebahagian baju-baju dalam bakul yang Mel pancut tadi. Alhamdulillah. Aku mampu sebenarnya. Gimik je lebih.
The hadith says: "The greater the affliction, the greater the reward"
After aku dah siap bilas dan masukkan sebahagian baju-baju yang disyaki terkena pancutan Mel ke dalam washing machine, aku baca Whatsapp daripada Kak Mus. Tiba-tiba je Kak Mus Whatsapp. Whatsapp yang dia hantar, aku screenshot dan letak dekat bahagian awal sekali post ni. Macam ada kena mengena kan dengan situasi aku tadi?

Selalu jadi macam ni. Allahu akbar. Allah sayang /senyum/

Jom tonton video ni. In Shaa Allah, semoga bermanfaat dunia akhirat.