} -->

Saturday, August 13, 2016

Resepi : Butter Cake

Assalamualaikum warohmatullah. Harini nak share resepi Butter Cake yang Masha Allah, sedap weh. Lembut, gebu-gebas gitu haa. In Shaa Allah, bagi mereka yang tak berapa nak ada gigi tu boleh lah makan Butter Cake ni. 1st time buat, aku main belasah je pakai apa yang ada dalam fridge tu. Pakai Twin Cows punya je ekekeke. Alhamdulillah, sedap sangat! Lembut dia takyah cite aaa kan. 2nd time buat pakai pure butter Anchor(salted). Rasa dia lain sikit tapi still sedap tau. Ok dah jom!

Bahan-bahan:

-250gm pure butter(suhu bilik)
-250gm tepung naik sendiri
-180gm gula kastor
-4 biji telur
-1/2 cawan susu segar

Cara-cara:

1. Panaskan oven selama 20-30 minit.
2. Pukul butter(suhu bilik) dan gula sehingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih(pucat). Pakai low speed > sederhana > high speed.


3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang selikan dengan tepung. Kemudian, masukkan susu segar dan pukul sampai sebati yep.


4. Sapukan butter/spray/lapik dengan baking paper pada loyang terlebih dahulu untuk memudahkan proses keluarkan kek nanti.

Kemaskan bahagian tepi baking paper dengan melipatnya. Kalau tak kemaskan,
nanti tak cantiklah kek tu.


5. Masukkan adunan dalam loyang saiz 8"-9". Saya pakai je loyang yang sesuai. Tak tahu saiznya ekekeke.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau tak, ambil pencungkil gigi dan cucuk pada kek. Kalau pencungkil gigi tu masih bersih, In Shaa Allah, dah masaklah tu.
7. Sejukkan kek atas redai dahulu sebelum keluarkan daripada loyang. Dah sejuk, potong ikut citarasa anda. Siap dan sedia untuk dimakan!

Nota: Kalau takde tepung naik sendiri, boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder.

Entahlah ngape permukaan kekku begituu~


Keratan rentas Butter Cake *hands up*

Potong comey2 gini senang masuk mulut

Selamat mencuba!